Home » Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq by Aliff Danial
Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq Aliff Danial

Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq

Aliff Danial

Published June 24th 2010
ISBN :
144 pages
Enter the sum

 About the Book 

Putera Haziq tidak pandai bermain bola sepak. Dia diejek kawan-kawannya di sekolah. Hinggakan dia tidak mahu ke sekolah kerana malu. Salah satu syarat wajib di sekolahnya adalah para pelajar mesti pandai bermain bola sepak. Bagi Putera HaziqMorePutera Haziq tidak pandai bermain bola sepak. Dia diejek kawan-kawannya di sekolah. Hinggakan dia tidak mahu ke sekolah kerana malu. Salah satu syarat wajib di sekolahnya adalah para pelajar mesti pandai bermain bola sepak. Bagi Putera Haziq peraturan itu sangat kejam. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa walau anak raja sekali pun.Pada suatu hari, ayahanda Putera Haziq menghadiahkan tiket bola sepak kepadanya. Dengan tiket itu Putera Haziq perlu mengembara ke negara yang lahirnya pemain-pemain handalan seperti Zenedine Zidane, Nakata Hidetoshi, Fernando Tores dan Ji Sung Park. Putera Haziq melalui pelbagai rintangan dan halangan semasa dalam pengembaraannya apabila terpaksa menaiki kereta api gerabak satu dan melalui pokok gergasi yang menjalar. Gula-gula bahasa juga disediakan bagi membolehkan Putera Haziq berinteraksi dengan pemain-pemain handalan yang tidak pandai berbahasa Malaysia.Selepas berlatih dan mendalami dunia bola sepak dan mengenali rahsia tujuh M (menyepak, menggelecek, memerisai, menghantar, merampas, menanduk, dan menjerat bola), akhirnya Putera Haziq berjaya memperoleh kemahiran menguasai permainan bola sepak. Sekarang dia tahu mengapa pemain bola sepak memakai jersi dan bukan kemeja T biasa. Mengapa juga kadangkala ada pemain mengenakan jersi berlengan panjang. Mengapa ada kad kuning dan kad merah dan sebagainya.Kehandalan Putera Haziq menjadi bualan rakan-rakannya di sekolah bahkan gurunya juga. Putera Haziq tidak malu lagi ke sekolah. Hanya Putera Haziq dan ayahandanya yang tahu rahsia di sebaliknya.